Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) wilayah sabah akan membuka kaunter bergerak bagi perkhidmatan pembaharuan lesen MPOB.<br /><br />Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berkata, langkah itu diambil memudahkan pekebun-pekebun kecil memperbaharui lesen masing-masing selain bertujuan mendapatkan maklumat permasalahan yang dihadapi golongan berkenaan.